Skandal 1MDB: Senjata Menjatuhkan Kepimpinan Melayu


Pada 2020, Dr Mahathir sendiri menyebabkan kejatuhan kerajaan PH. Ini membolehkan BERSATU sebagai parti utama Melayu menjadi parti dominan dalam kerajaan. Namun, apabila Muhyiddin yang menjadi PM8 dan menunjukkan kebolehan memerintah dengan baik dalam keadaan krisis Covid-19, ini membimbangkan Dr Mahathir.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Bahagian 1

Pada July 2015, Muhyiddin Yassin dibuang dari UMNO, dan ini telah memaksa Muhyiddin bergabung dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga terciptanya parti PARTI PRIBUMI BERSATU. Barisan Nasional/UMNO tidak mungkin dapat ditumbangkan di dalam PRU14 yang telah diadakan pada tahun 2018 hanya bersandarkan Skandal 1MDB.

Ini hanya dapat dilakukan dengan parti Melayu yang baru, BERSATU, yang dipimpin oleh Dr Mahathir/Muhyiddin menyerang UMNO. Orang Melayu sudah muak dengan UMNO tapi memerlukan sebuah parti Melayu yang baru yang boleh menggantikan UMNO. Itulah sebabnya Pakatan Harapan/Anwar terpaksa menerima Dr Mahathir sebagai PM7.

Apabila kerajaan PH berkuasa pada 2018, Dr Mahathir menyedari gabungan itu tidak dapat kekal lama. Akal Dr Mahathir sangat panjang. Dr Mahathir mahu orang Melayu merasakan bahaya apabila Melayu hilang kuasa politik. Itulah sebabnya Dr Mahathir benarkan DAP kelihatan dominan dalam kerajaan PH yang pertama itu. Itulah sebabnya Dr Mahathir lantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan walaupun dasar kewangan negara Lim Guan Eng banyak merugikan orang Melayu.

BACA DI SINI: Peristiwa 1MDB-Goldman Sachs Yang Kerajaan Malaysia Rahsiakan

Mahathir juga perlu memastikan bahawa Skandal 1MDB adalah benar dan bukan sekadar dongeng untuk menamatkan riwayat Najib Tun Razak yang mempunyai sokongan kukuh di kalangan orang Melayu UMNO. Oleh itu, Dr Mahathir lantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara untuk pastikan yang Najib ditangkap dan dibicarakan. Kini, Najib sudah pun dihukum dan dipenjarakan. Objektif utama telah tercapai. Kini berkenaan pengukuhan kuasa.

Pada 2020, Dr Mahathir sendiri menyebabkan kejatuhan kerajaan PH. Ini membolehkan BERSATU sebagai parti utama Melayu menjadi parti dominan dalam kerajaan. Namun, apabila Muhyiddin yang menjadi PM8 dan menunjukkan kebolehan memerintah dengan baik dalam keadaan krisis Covid-19, ini membimbangkan Dr Mahathir.

Mahathi mahu supaya anaknya, Mukhriz, menjadi pemimpin lapisan ketiga. Tapi Muhyiddin tidak menunjukkan komitmen untuk mendokong Mukhriz sebagai PM pengganti. Ini bukan salah Muhyiddin. Ini kelemahan Mukhriz sendiri yang tidak mempunyai kematangan politik seperti Dr Mahathir. Namun, Muhyiddin dipersalahkan.

Dasar bantuan kepada rakyat dan pembukaan ekonomi semula oleh Muhyiddin menjadikan Muhyiddin popular di kalangan orang Melayu. Pendirian Muhyiddin untuk tidak campur tangan kes mahkamah yang dimulakan oleh PH terhadap Najib dan Ahmad Zahid Hamidi menimbulkan permusuhan dengan Najib dan Zahid. Walaupun Dr Mahathir yang memulakan tindakan pendakwaan terhadap Najib dan Zahid, namun sekali lagi yang dipersalahkan ialah Muhyiddin.

Sila baca Bahagian 2 (esok) tentang percaturan politik menggunakan Skandal 1MDB.




 



Comments
Loading...