Senjata politik PH-BN adalah fitnah
Inilah sebabnya sejak menjadi PMX, Anwar menyebarkan cerita bohong tentang kerajaan PN menyalahgunakan wang rakyat. Cerita dongeng ini bermula dengan jumlah ajaib RM600 bilion kemudian turun kepada RM530 bilion, dan jatuh menjunam kepada RM92.5 bilion, kemudian jatuh merudum lagi ke hanya RM300 juta.
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Bahagian 2
Setelah menumbangkan Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob, PRU15 memperlihatkan sikap sebenar Pakatan Harapan yang sebelum ini didewakan sebagai parti yang berprinsip. Sebaliknya, kerajaan gabungan yang dipanggil kerajaan ‘perpaduan’, menunjukkan kehodohan sebenar PH/Anwar Ibrahim yang hanya mahu memegang kuasa dengan bersekongkol dengan UMNO dan melantik Ahmad Zahid Hamidi sebagai TPM.
Anwar dan Zahid menyedari bahawa demi mengukuhkan kedudukan Anwar sebagai PMX, PH memerlukan sokongan orang Melayu yang merupakan hampir 60% pengundi yang akan memilih parti yang menang di mana-mana PRU atau PRN. PH dan UMNO semakin takut bahawa kekuatan BERSATU/Perikatan Nasional semakin kukuh. Ini memungkinkan kejatuhan sekali lagi kerajaan PH.
Rakyat pun telah lihat bahawa kerajaan PH bukanlah kerajaan yang berprinsip. Laungan transparensi, anti-rasuah dan good governance hanyalah slogan kosong. Rakyat melihat seorang pemimpin korup seperti Zahid diangkat menjadi TPM. Rakyat melihat nepotisme Anwar dalam lantikan Nurul Izzah yang kalah dalam PRU-15 sebagai penasihat khas PMX.
1. Peristiwa 1MDB-Goldman Sachs Yang Kerajaan Malaysia Rahsiakan
2. Skandal 1MDB: Senjata Menjatuhkan Kepimpinan Melayu
Rakyat melihat jawatan Menteri penting kerajaan dipegang oleh orang yang kalah dalam PRU-15 seperti Zambry Abdul Kadir dan Tengku Zafrul Aziz sebagai Menteri Luar Negeri dan Menteri Perdagangan Antarabangsa. Banyak lagi jawatan-jawatan dalam kerajaan dan GLC yang diberikan kepada penyokong tegar Anwar.
Hakikatnya, PMX telah memungkiri semua janji-janji pilihan raya dan manifesto yang diagungkan olehnya sebelum ini. Semua ini menjadikan BERSATU/PN/Muhyiddin lebih popular. Itulah sebabnya semboyan terhadap Gelombang Hijau dilaungkan berterusan untuk menakutkan rakyat Malaysia bahawa jika PN kembali berkuasa, Malaysia akan dipimpin oleh fundamentalis Islam PAS.
Atas ketakutan ini, usaha telah diambil sejak Januari 2023 untuk membunuh karakter Muhyiddin dengan menyamakannya sebagai pemimpin Melayu yang korup seperti mana korupnya pemimpin UMNO kluster Mahkamah. Ini satu plot cerita yang amat mudah untuk memomokkan orang Melayu dan rakyat Malaysia supaya membenci Muhyiddin/BERSATU.
Inilah sebabnya sejak menjadi PMX, Anwar menyebarkan cerita bohong tentang kerajaan PN menyalahgunakan wang rakyat. Cerita dongeng ini bermula dengan jumlah ajaib RM600 bilion kemudian turun kepada RM530 bilion, dan jatuh menjunam kepada RM92.5 bilion, kemudian jatuh merudum lagi ke hanya RM300 juta.
Akhirnya, apabila Muhyiddin ditangkap dan didakwa di Mahkamah, tidak ada pula rasuah RM300 juta dalam akaun peribadinya. Sebaliknya, Muhyiddin dituduh menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan dana politik bagi BERSATU. Naratif ini membolehkan SPRM membekukan dan menyita akaun BERSATU supaya BERSATU lumpuh sama sekali dalam menghadapi 6 PRN yang akan datang. Inilah objektif sebenar tindakan yang diambil terhadap BERSATU dan pemimpinnya.
Pada masa yang sama, legasi Muhyiddin dalam membangunkan semula ekonomi negara pada tahun 2021/22 perlu dihapuskan supaya rakyat Malaysia dan orang Melayu berterusan membenci Muhyiddin. Inilah sebabnya Anwar bergabung dengan Johari Ghani untuk mencemar usaha cemerlang pentadbiran Muhyiddin yang berjaya membawa balik sejumlah besar wang yang dicuri dari 1MDB. Ini akan diceritakan dalam episod yang akan datang.