Membunuh karakter Muhyiddin untuk menyelamatkan Najib
Adakah ini usaha untuk memburukkan Muhyiddin supaya kelihatan Muhyiddin lebih jahat daripada Najib dan akhirnya menjadikan kes simpati terhadap Najib untuk mendapat pengampunan diraja?
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Bahagian 3
Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid Hamidi mengharapkan bahawa dengan menyeret Muhyiddin Yassin ke Mahkamah dengan pertuduhan-pertuduhan rasuah yang palsu, ini akan memusnahkan populariti Muhyiddin. Namun, ini tidak terjadi. Orang Melayu melihat bahawa ini adalah pendakwaan politik terpilih dan penindasan politik (selective prosecution dan political persecution).
Pada masa yang sama, Anwar perlu memenuhi janjinya untuk melepaskan Zahid dan mengampunkan Najib Tun Razak. Inilah dagangan politik bagi sokongan UMNO/Zahid kepada Anwar sebagai PMX. Zahid telah pun mendapatkan pelepasan passport sepenuhnya. Zahid telah berjaya mendapatkan penangguhan kesnya bagi membuat representasi supaya pertuduhan terhadapnya ditarik balik.
Ini amat aneh kerana Mahkamah telah pun mendapati satu kes prima facie telah pun dibuktikan dan Zahid telah diarahkan untuk memulakan pembelaannya. Mantan Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman telah membuat kritikan secara terbuka terhadap Peguam Negara. Ini menunjukkan betapa tidak berprinsipnya Pakatan Harapan/Anwar. Percaturan di Mahkamah sedang dimainkan di mana hakim yang menghukum Najib kini dicemarkan oleh SPRM.
1. Peristiwa 1MDB-Goldman Sachs Yang Kerajaan Malaysia Rahsiakan
2. Skandal 1MDB: Senjata Menjatuhkan Kepimpinan Melayu
3. Senjata Politik PH-BN Adalah Fitnah
SPRM juga digunakan untuk membuat pertuduhan-pertuduhan rasuah palsu terhadap pemimpin-pemimpin BERSATU terutama sekali Muhyiddin. Terkini, pasukan undang-undang Muhyiddin telah memulakan tindakan mencabar pertuduhan-pertuduhan tersebut sebagai pertuduhan yang direka-reka, sedangkan tidak terdapat kesalahan sedemikian dari segi fakta dan dari segi undang-undang.
Anwar yang memulakan cerita tentang Muhyiddin menyakau wang rakyat dari jumlah ajaib RM600 bilion kemudian turun kepada RM530 bilion, dan jatuh menjunam kepada RM92.5 bilion, kemudian jatuh merudum lagi ke hanya RM300 juta.
Datuk Seri Johari Ghani yang kempunan tidak dapat jawatan Menteri Kewangan pun marah terhadap Tengku Zafrul Tengku Aziz, bekas Menteri Kewangan. Projek Jana Wibawa dan pengecualian cukai Yayasan Al-Bukhary adalah di bawah naungan dan kuasa Menteri Kewangan ketika itu. Itulah sebabnya serangan dibuat terhadap kedua-dua perkara ini.
Namun, oleh kerana Tengku Zafrul mempunyai kekebalan istana, maka dia pun terselamat. Ini menjengkelkan lagi JoGhani. Itulah sebabnya JoGhani berusaha bersungguh-sungguh untuk meranapkan reputasi Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan ketika itu. Ini dilakukan dengan menyerang usaha pemulihan aset 1MDB semasa Tengku Zafrul menjadi Menteri Kewangan.
Amatlah pelik bahawa Anwar menyerang 1MDB Task Force dengan menimbulkan pelbagai tuduhan palsu sedangkan inilah 1MDB Task Force yang sama yang berjaya mendapatkan penyelesaian IPIC sejumlah USD1.8 bilion. Ini akan diceritakan dengan lebih lanjut lagi.
Lebih pelik lagi ialah apabila Anwar mengumumkan bahawa JoGhani dilantik bagi mempengerusikan 1MDB Task Force yang baru. Rakyat Malaysia pasti ingat bahawa Skandal 1MDB berlaku semasa Najib adalah Menteri Kewangan (sebagaimana Anwar juga adalah Menteri Kewangan kini). Pada 2015, Skandal 1MDB menjadi begitu hangat sehingga Menteri Kewangan II ketika itu, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah telah dipecat oleh Najib. Siapakah yang menggantikannya?
Orang yang menggantikan Ahmad Husni ialah JoGhani! JoGhani juga telah menubuhkan Jawatankuasa Budiman bagi menyiasat Skandal 1MDB. Sebagai pengerusi Jawatankuasa Budiman, JoGhani telah membersihkan nama Najib sebagai tidak bersalah (cleared Najib’s name). Ini membolehkan Peguam Negara ketika itu, iaitu Tan Sri Apandi Ali juga cleared Najib’s name.
Dalam usaha untuk menutupi Skandal 1MDB, Arul Kanda telah dilantik untuk menjadi CEO 1MDB untuk penyusunan semula. JoGhani bertanggungjawab for this cover up. Pada 2017, penyelesaian IPIC yang pertama (yang merupakan satu penipuan) telah diatur oleh JoGhani. Sepatutnya, JoGhani dikenakan pendakwaan atas semua cover up job yang dilakukan olehnya. Tapi, JoGhani licin macam ular, dia terselamat.
Jadi, adakah lantikan JoGhani sebagai pengerusi 1MDB Task Force adalah sebenarnya untuk mendapatkan pemulangan aset 1MDB yang dirampok? Atau adakah JoGhani dilantik untuk cover up lebih lanjut supaya cerita sebenar 1MDB tidak akan diketahui umum? Adakah ini usaha untuk memburukkan Muhyiddin supaya kelihatan Muhyiddin lebih jahat daripada Najib dan akhirnya menjadikan kes simpati terhadap Najib untuk mendapat pengampunan diraja?
Peranan JoGhani akan diceritakan dalam Bahagian 4.