Kenapa JoGhani menyerang Penyelesaian Goldman Sachs?


Sebagai ahli perniagaan, JoGhani mahu mendapat keuntungan dengan menangguk di air keruh. Fakta ini dapat dilihat dari memorandum dalaman Kementerian Kewangan kenapa JoGhani mahu memimpin kes Penyelesaian Goldman Sachs.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Bahagian 4

Dalam Bahagian 3, kita telah mengetahui peranan Johari Ghani a.k.a. JoGhani dalam membersihkan nama Najib Tun Razak dari skandal 1MDB semasa dia mempengerusikan Jawatankuasa Budiman. Hakikat yang semua orang tahu adalah JoGhani ialah seorang ahli perniagaan. Sifat JoGhani sebagai ahli perniagaan semakin menyerlah apabila dia menjadi Menteri Kewangan II pada 2015. Sifat ini berterusan sehingga kini.

Apa jua yang JoGhani lakukan, dia mahu mengaut untung. JoGhani menganggap Daim Zainuddin sebagai role model. Daim terkenal sebagai ahli perniagaan yang sangat berjaya. Sebagai bendahari UMNO, Daim telah berjaya menciptakan ramai businessmen Melayu seperti Halim Saad (Renong), Tajudin Ramli (Celcom/MAS) dan Yahaya Ahmad (DRB). Tujuannya mudah supaya mereka inilah yang akan menyumbang kepada dana politik UMNO. Ini semua sebelum Syed Mokhtar Al-Bukhary menjadi pendana utama UMNO. Syed Mokhtar dan JoGhani adalah rakan kongsi dalam Media Prima yang menguasai TV3 dan media utama negara.

1. Peristiwa 1MDB-Goldman Sachs Yang Kerajaan Malaysia Rahsiakan

2. Skandal 1MDB: Senjata Menjatuhkan Kepimpinan Melayu

3. Senjata Politik PH-BN Adalah Fitnah

4. Membunuh Karakter Muhyiddin Untuk Menyelamatkan Najib

Itulah sebabnya tiada atau sedikit sekali cerita-cerita negatif tentang JoGhani. Cerita negatif akan dibunuh, sementara cerita positif yang menggembar-gemburkan kejayaan dan kepandaiannya akan diwar-warkan. JoGhani mahu menjadi Daim Zainuddin yang kedua.

Itulah motif JoGhani menyerang Penyelesaian Goldman Sachs supaya dia kelihatan pandai sedangkan tujuan sebenar adalah untuk membolehkan Anwar melantik JoGhani sebagai pengerusi 1MDB Task Force. Dengan jawatan itu, JoGhani akan memburuk-burukkan kejayaan semasa pentadbiran Muhyiddin Yassin untuk mencemar Muhyiddin/BERSATU supaya sokongan orang Melayu kepada UMNO dapat dipertahankan.

Tapi, adakah itu sahaja motif altruistik JoGhani? Pastinya TIDAK!

Sebagai ahli perniagaan, JoGhani mahu mendapat keuntungan dengan menangguk di air keruh. Fakta ini dapat dilihat dari memorandum dalaman Kementerian Kewangan kenapa JoGhani mahu memimpin kes Penyelesaian Goldman Sachs (lihat memorandum sulit ini).

 

 



Comments
Loading...