‘Sokong UMNO, pangkah DAP’
(Sinar Harian) – Pengundi UMNO dijangka sukar untuk memberikan undi kepada calon DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.
Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, ramalan itu berdasarkan permusuhan antara UMNO-DAP yang sudah berlarutan sekian lama sebelum kedua-dua parti menjadi sekutu di bawah Kerajaan Perpaduan.
Menurutnya, hanya sekitar lima atau enam daripada 10 pengundi UMNO di satu-satu kawasan dijangka memangkah calon DAP pada PRN nanti.