Supply air keruh pun dpt bonus” – Air Kelantan Didakwa Beri Saguhati RM10K Pada BOD Sempena Raya?


Selain masalah air di Selangor, masalah air keruh dan ketiadaan air di Kelantan juga sering menjadi topik perbualan hangat netizen di media sosial.

(Lobak Merah) – Memetik laporan dari Kosmo, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad sebelum ini berkata, punca masalah air di negeri itu adalah kerana soal peruntukan dan juga kegagalan tadbir urus dari syarikat Air Kelantan (AKSB) itu sendiri.

Tular dakwaan AKSB beri saguhati RM10,000 kepada BOD?

Pun begitu, tular di Instagram Jabatan Netizen Negara, sebuah surat rasmi yang mana butirannya menyatakan bahawa syarikat air Kelantan tersebut telah meluluskan pemberian wang saguhati sebanyak RM10,000 kepada setiap seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikatnya.

Tidak terkecuali, setiausaha syarikat berkenaan juga difahamkan akan mendapat RM2,000 dan setiap pekerja syarikat itu juga didakwa bakal mendapat wang saguhati sempena raya bernilai RM200 seorang.

Fwv350Pauaevuke

Air Kelantan 2

“Macam mana syarikat yang mendakwa tiada duit untuk baiki prasarana air, menghadiahkan rakyat Kelantan dengan air teh tarik atau angin. Tapi BOD dapat saguhati RM10 ribu seorang.

“Sedap lahai. Supply air keruh pun dapat bonus RM10K tuan-tuan,” tulis ruangan kapsyen.

 

Dapat Bonus

Sumber: Instagram

Apa-apapun belum dapat dipastikan kesahihan di sebalik surat berkenaan dan belum ada kenyataan rasmi berhubung surat tersebut daripada pihak berwajib. Sebaiknya kita tunggu penjelasan rasmi dari AKSB sendiri berhubung isu tersebut.



Comments
Loading...