PRN: Anwar yakin dua negeri pembangkang bakal dirampas PH-BN


Perdana Menteri yakin gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan merampas dua negeri pembangkang pada pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

(Sinar Harian) – Bagaimanapun, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mendedahkan dua negeri tersebut.

“Sekarang ini kita nampak menjurus kepada kedua negeri lagi. Itu saya akan umumkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam di Kompleks Islam di sini pada Selasa.

Menurutnya, berdasarkan kajian dan maklumat yang diperoleh, tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang kekal diperintah oleh gabungan itu.

PRN ke-15 menyaksikan tiga lagi negeri turut dipertaruhkan iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Ketiga-tiga negeri tersebut berada di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Dalam pada itu, Anwar berkata, pengagihan kerusi antara PH dan BN telah selesai sepenuhnya, namun pimpinan negeri diberi peluang untuk membangkitkan pendapat.

 



Comments
Loading...