Penyata tahunan bukti pelupusan hutang peneroka FELDA sudah dilaksanakan


Mohd Nor Suparman menunjukkan penyata hutang yang menyatakan hutangnya telah dihapuskan oleh Felda

(SATUBERITA.MY) – KEPUTUSAN kerajaan melupuskan hutang peneroka Felda seperti diumumkan bekas Perdana Menteri Kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2021 telah dilaksanakan berdasarkan bukti penyata tahunan yang diterima kebanyakan peneroka.

Beberapa peneroka Felda yang ditemui SatuBerita menjelaskan, penyata tahunan yang diterima daripada agensi tanah persekutuan menunjukkan pengurangan baki hutang sehingga 80 peratus.

Ketua Peneroka Felda Lenga, Mohd Nor Suparman berkata, hampir semua 220 peneroka di kawasan itu sudah menikmati pelupusan hutang itu berdasarkan penyata rasmi yang dikeluarkan Felda.

“Saya rasa daripada penyata hutang ini telah menggambarkan bahawa Felda telah mengurangkan hutang saya daripada RM65,000 kepada RM11,000,” katanya ketika ditemui pada Selasa.

Beliau diminta mengulas polemik pelupusan hutang peneroka Felda yang didakwa belum dilaksanakan meskipun telah diumumkan pada 2021.

Pada 7 Julai lalu, sempena Hari Peneroka, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa langkah melupuskan hutang peneroka tidak dibuat oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini dan perkara itu berterusan sehingga beliau mengambil alih kerajaan.

Sebelum itu 2021, Muhyiddin ketika menjadi Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion secara bersyarat.

Persetujuan itu mengambil kira isu hutang peneroka yang disifatkan harus diperbetulkan terlebih dahulu untuk memudahcarakan proses penjanaan semula atau Felda.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...