Di Terengganu, BN berdepan undi protes akar umbi, penyokong


Pemimpin akar umbi dan penganalisis menyifatkan sokongan Barisan Nasional di Terengganu sebagai ‘rapuh’.

(MalaysiaNow) – Hasrat Barisan Nasional (BN) untuk merampas semula Terengganu daripada PAS mungkin tidak kesampaian kerana faktor penolakan atau protes daripada ahli parti itu, kata pemimpin akar umbi dan penganalisis politik.

Pemimpin akar umbi berkata wujud penolakan dalam kalangan ahli kerana mereka kecewa dengan isu dalaman parti dan kerjasama bersama DAP.

Meluahkan kebimbangan itu ialah Ketua Wanita Umno Cawangan Ladang Sahak Gayah Abdullah yang berkata penolakan akar umbi itu bakal merisikokan peluang BN untuk bangkit semula dan menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan PRU15 di negeri Pantai Timur tersebut.

Malah beliau tidak menolak kesukaran BN mengekalkan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu dalam PRU14.

“Akar umbi sebenarnya amat kecewa dengan kepimpinan presiden Ahmad Zahid Hamidi. Mereka melihat banyak perkara yang dilakukan presiden itu menyimpang daripada matlamat atau prinsip Umno.

Read more here



Comments
Loading...