Buat kali pertama, Adun bukan Melayu dominasi kerajaan Selangor


Keadaan itu akan merumitkan usaha untuk membuang persepsi bahawa PH-BN tidak mewakili orang Melayu, yang membentuk majoriti di Selangor.

(MalaysiaNow) – Buat pertama kali di Selangor, wakil rakyat bukan Melayu membentuk majoriti dalam blok pemerintah, realiti pedih bagi gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang menghabiskan sembilan bulan cuba melawan reputasi ditolak pengundi Melayu.

Keputusan itu juga berlaku selepas kempen dalam talian yang sengit oleh penyokong PH menjelang beberapa jam sebelum penutupan pusat mengundi 12 Ogos lau, menggesa penyokong keluar dan mengundi sambil mengingatkan mereka bakal berdepan kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Selangor yang kini di bawah PH.

Kali terakhir Selangor menyaksikan bukan Melayu mendominasi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah pada Pilihan Raya Umum 1969, apabila Parti Perikatan pimpinan Umno, gabungan politik sebelum wujudnya BN, berdepan kekalahan besar di tangan DAP dan Gerakan yang dikuasai Cina, yang bersama-sama dengan calon bebas menyaksikan keputusan seri 14-14.

Parti Perikatan kemudiannya mampu membentuk kerajaan dengan sokongan satu-satunya wakil rakyat bebas, walaupun iklim politik pasca pilihan raya yang berbaur perkauman kemudian mencetuskan salah satu rusuhan kaum terburuk di Malaysia.

Keputusan pilihan raya 1969 bagaimanapun berlatarbelakangkan kaum Cina sebagai kumpulan etnik majoriti di Selangor, yang mempunyai populasi kira-kira 1.6 juta pada masa itu.

Read more here



Comments
Loading...