DPMM: Laporan ekonomi negara kian pulih tak sama dengan realiti


Kuasa membeli orang ramai kini semakin lemah dan keadaan itu berbeza dengan kenyataan pemimpin kerajaan yang melaporkan kedudukan ekonomi negara berada pada tahap yang memberangsangkan, dakwa Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Norsyahrin Hamidon.

(Mkini) – Menurut Norsyahrin, rumusannya itu berdasarkan input anggota-anggota DPMM yang berdepan dengan pengguna dan mendapati orang ramai mengambil sikap lebih berhati-hati dalam berbelanja untuk membeli barangan dan perkhidmatan.

“Kita dengar di dada-dada akhbar mengatakan ekonomi semakin baik, jadi DPMM punya inisiatif kita turun ke bawah, kita nak dengar sendiri betul atau tidak apa yang dikatakan dan apa yang kita dapati tak sama.

“Jadi, kalau kata ekonomi dah semakin bagus tapi bila kami turun ke bawah mereka katakan kuasa membeli, jualan semua menurun.

Read more here



Comments
Loading...