Skandal MBI-Wavpay menanti penjelasan Amirudin


WOW, lagi aku korek, lagi banyak tahi aku jumpa dalam skandal MBI-Wavpay Fintech ni.

Rupa-rupanya syarikat Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd yang MBI lantik sebagai pelaksana Program Insan ni, kewangan dia memang hampeh.

Bila aku dapat penyata kewangan beraudit syarikat Wavpay Fintech, aku terkejut gila weh. Macam mana syarikat ni boleh dipilih.

Okey, kau orang tahukan, total peruntukan Selangor beri untuk program ni, adalah RM12 juta untuk konvensional dan RM9.6 juta untuk Islamic. Total yang Waypay Fintech akan dapat RM21.6 juta.

Wavpay Fintech ni pula, hanya didaftarkan pada 8 Julai 2021. Penyata Kewangan Beraudit yang aku dapat, menunjukkan pada tahun berakhir 31 Disember 2021, syarikat ni catat kerugian terkumpul RM5,180.

To be fair, aku rasa dia baru setup company dan kerugian tu hanya kos pengurusan atau setiausaha syarikat. Maknanya syarikat ini belum mulakan apa-apa perniagaan. Memang zero revenue.

Jadi persoalan aku kepada Amirudin Shaari dan Teng Chang Kim,

Apa asas pemilihan sebuah syarikat baru, didaftarkan pada 8 Julai 2021, langsung tiada sebarang pendapatan, beralamat di Pulau Pinang, dipilih melaksanakan dua program penting Kerajaan Negeri Selangor?

Kronologi dia macam ini untuk kau orang faham,

Pertama, MBI Selangor pada 14 Februari 2022 telah tandatangan perjanjian dengan Wavpay Fintech untuk merekabentuk sistem e-dompet Negeri Selangor.

Biasa projek macam ini dia akan develop dengan kos dia, lepas itu dia akan charge per transaksi. Kau orang bayangkan rakyat Selangor nanti kalau guna e-dompet ni, masyuklah syarikat ni?

Kedua, pada 29 April 2022, beberapa wakil Kerajaan Negeri Selangor telah dilantik sebagai Pengarah syarikat Wavpay Fintech. Aku rasa masa ni kut, MBI beli saham 49 peratus daripada syarikat ni.

Setakat hasil carian aku tiada sebarang pengumuman berapa MBI bayar untuk saham 49 peratus ni. Tapi peliklah kan, syarikat baru, tak ada hasil, MBI beli share dan beri projek negeri.

Ketiga, pada 21 Oktober 2022 Wavpay Fintech ni sign agreement dengan AmGeneral Insurance untuk buat program Insan untuk rakyat Selangor bernilai RM21.6 juta?

Dalam masa sama kau orang tahu tak, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Selgate Corporation Sdn Bhd (milik PKNS 100 peratus) adalah sebuah syarikat berpengalaman dalam bidang perubatan dan insuran.

Anak syarikat Selgate iaitu Selcare Insurance pula sedang menguruskan Skim Insuran Peduli Sihat Kerajaan Negeri Selangor. Tak cukup pengalaman ke syarikat PKNS sedia ada ni Amirudin woi?

Kenapa kau tak pakai saja anak syarikat PKNS yang memang ada pengalaman dalam bidang insuran dan perubatan? Tetapi kau beli share dalam syarikat entah siapa-siapa, kau beri dia projek, sekarang dia buat tahi curi data rakyat Selangor dan scam Kerajaan Selangor dengan daftar orang dah meninggal dan tanpa persetujuan.

Jawab Amirudin, jangan tak jawab!

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF



Comments
Loading...