MCA sokong gesaan pemimpin Umno supaya tarik balik slogan ‘Malaysian Malaysia’ ala DAP


Parti komponen BN itu berkata ini adalah perkara paling mudah untuk DAP lakukan ke arah merealisasikan ‘impian Malaysian Malaysia’ yang lebih bersatu untuk semua.

(MalaysiaNow) – MCA menyokong gesaan seorang pemimpin Umno agar DAP menggugurkan tuntutan “Malaysian Malaysia”, menggesa komponen Pakatan Harapan (PH) itu untuk menilai semula komitmennya yang antara lain menghapuskan sistem kuota Bumiputera berikutan hujah matlamat sedemikian menghalang parti itu daripada mendapat sokongan orang Melayu.

“Sekiranya Malaysian Malaysia adalah selari dengan janji DAP untuk menghapuskan kuota Bumiputera dan mengembalikan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi, dan lain-lain, maka sudah sampai masa untuk DAP mengakui kesilapan mereka kepada seluruh rakyat,” kata naib presiden MCA Ti Lian Ker dalam satu kenyataan hari ini.

“Ini adalah isyarat paling mudah bagi DAP terhadap pemulihan sebuah Malaysian Malaysia yang bersatu dan harmoni, yang merupakan impian seluruh rakyat Malaysia.”

Isu itu dibangkitkan oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno, Nur Jazlan Mohamed, ketika mempertahankan partinya bahawa pihak lain dalam kerajaan campuran juga perlu berubah jika mereka mahu diterima oleh orang Melayu.

“Sepanjang pemerhatian saya secara langsung dan tak langsung, ketika duduk bersembang dengan kawan-kawan serta ahli Umno sendiri, saya dapat rasakan orang Melayu sejak puluhan tahun lalu tak boleh masih trauma dengan sentimen negara sekular dan Malaysia Malaysian yang diperjuangkan oleh DAP,” kata Nur Jazlan dalam kiriman di Facebook pada Rabu.

Read more here



Comments
Loading...