[KENYATAAN MEDIA] QAZAF ATAU KEPUTUSAN MAHKAMAH
[1] Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 telah membuat keputusan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
[2] Qazaf ialah menuduh seseorang melakukan zina atau liwat bukan membatalkan keputusan mahkamah persekutuan sebelum ini. Laporan yang dibuat oleh Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Ahmad Farhan Rosli dan Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Zairudin Hashim terhadap Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin adalah tidak masuk akal dan hanya untuk menafikan keputusan mahkamah persekutuan dengan menggunakan propoganda.
[3] Jika kes liwat Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari adalah tidak benar, tindakan yang harus dibuat adalah judicial precedent case review untuk membuktikan di mahkamah bahawa beliau tidak bersalah dan dibebaskan dari semua kesalahan meliwat di mahkamah bukan di media sosial dan media massa.
[4] Menurut professor Samuel Williston di dalam penulisannya Does a Pardon Blot Out Guilt?, beliau mengatakan bahawa seseorang tidak boleh diampunkan sekiranya dia tidak bersalah dan seseorang yang telah bersalah dan diampunkan dianggap telah bebas dari hukuman kesalahan dan pemenjaraan itu. Ini tidak bermaksud bahawa pengampunan boleh membatalkan keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah akan tetapi pengampunan membebaskan seseorang pesalah dari hukuman ke atasnya.
[5] Secara faktanya Anwar Ibrahim adalah bekas pesalah salah guna kuasa pada 1999 dan dipenjara selama 6 tahun dan pesalah kesalahan jenayah seks liwat pada tahun 2015 dan dihukum penjara 5 tahun namun mendapat pengampunan pada 2018 selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan selepas Pilihanraya Umum (PRU) ke 14.
Mohamad Shafiq Bin Abdul Halim
Pengawai Penyelidik dan Penganalisa Politik