Dunia antarabangsa juga menolak Anwar – Sanusi


(Harakah) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim disifatkan memberi ucapan kosong pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Pengarah Pilihan Raya PERIKATAN NASIONAL (PN), Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, para perwakilan tidak mengikuti ucapan Anwar kerana dunia antarabangsa sudah mengetahui dia seorang pembohong.

“Pasai pa orang tak mahu dengar ucapan PM kita. Ucapan beliau tentang gagasan Malaysia Madani rupa-rupanya di peringkat antarabangsa cerdik pandai yang hadir ke perhimpunan PBB bagi mereka ungkapan Madani ni tak ada isi.

“Tak ada apa, tinggal pembalut je isi kosong. Kita di Malaysia ni kita kata ada isi pembalut pun ada. Isi Madani apa?” bidasnya menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang memalukan negara.

Sanusi turut kesal kerana ketika di dalam negara masih panas dengan isu ketiadaan beras tempatan dan rakyat menghadapi kesusahan kos sara hidup mahal, rombongan ke New York itu menghabiskan belanja di padang golf.

“Dalam konsep prinsip Malaysia Madani yang digagaskan oleh PMX ni, pesalah yang telah didakwa, ada kes prima facie 100 saksi dipanggil ke mahkamah, hakim mendapati ada kes dan dia dipanggil untuk membela diri

“(Tetapi) dalam konsep Malaysia Madani orang macam itu boleh dilepaskan tapi tak bebaskan. Ini sangat mengecewakan menimbulkan keraguan yang besar dalam sistem kehakiman walaupun bukan mahkamah yang buat keputusan itu.

“Dia kata Peguam Negara buat (keputusan itu, padahal) Peguam Negara pencen dah bercuti (masa itu). Semua ini meragukan. Dia melaungkan kerajaan bebas rasuah, antirasuah, kira nak cekup je. Tengok-tengok belah kanan dia, dia lepas,” ujarnya di Dataran Purnama, Simpang Pelangai, di sini semalam.

Kata Sanusi, hal tersebut melibatkan kepercayaan orang ramai, apatah lagi apabila perkara itu dibawa ke Parlimen di mana Anwar menunjukkan reaksi tidak sepatutnya terhadap perkara itu dibangkitkan.

Beliau juga menempelak Presiden PKR itu yang telah 25 tahun meratib akan menjadi Perdana Menteri paling baik dan hebat dalam sejarah serta pelbagai janji ditabur kepada rakyat negara ini.

“Baru ni dia marah pasal orang duk perli dia minyak tak turun-turun. Dia kata dia berucap tu tahun 2008. Dia bohong. Dia berucap last sekali tahun lepas (masa) Konvensyen PKR.

“Dia kata pasal apa minyak tak turun walaupun jadi kerajaan 22 bulan. Dia kata sebab dia tak jadi Perdana Menteri. Dia kata kalau dia jadi Perdana Menteri dia boleh bawa turun. Dia kata, itu tahun 2008. Hoi ingat orang butakah?

“(Itu ucapan) Tahun lepas, Konvensyen PKR. Dia kata pasal dia tak jadi PM. Kalau dah jadi PM minyak turun. Dia bohong, dia tak mengaku. Selang dua minit ja dia boleh spinned kata dia tak kata. Tambahlah (kalau ucapan) berbelas tahun.

“Dia ni ada tendency boleh spinned ucapan dia tak mengaku dalam tempoh dua minit. Tambahlah 25 tahun,” terangnya menjelaskan sebab Anwar tidak dipercayai dalam ucapannya di UNGA.

Sanusi turut menyentuh mengenai Menteri DAP yang ada dakwaan rasuah RM90 juta berkaitan kes tenaga kerja asing, tetapi senyap sunyi sepi dan terdahulunya kes terowong dan Kampung Manggis di Pulau Pinang.

Semua perkara katanya, menguntungkan DAP sekali gus menuntut pengundi PRK N.36 Pelangai untuk tidak mengundi Barisan Nasional (BN) yang juga hanya akan menguntungkan DAP sebagaimana mereka berpakat membentuk Kerajaan Pahang.

 



Comments
Loading...