PN kesal Iskandar Dzulkarnain sokong kepimpinan Anwar


Perikatan Nasional (PN) melahirkan rasa kesal atas kenyataan dibuat terburu-buru oleh Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang memutuskan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

(Berita Harian) – Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kenyataan dibuat Iskandar Dzulkarnain yang menggunakan hujah peruntukan pembangunan sebagai alasan amat berbeza dengan penjelasan yang diberikan kepada beberapa pemimpin parti.

“PN mengambil maklum ketetapan Mesyuarat Biro Politik Bersatu untuk memanggil Ahli Parlimen Kuala Kangsar untuk mendapatkan penjelasan sebelum mengambil tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Iskandar Dzulkarnain, semalam dilapor memutuskan untuk menyokong kepimpinan Anwar.



Comments
Loading...