Tun Mahathir kunjungi Presiden PAS di Rusila


(Harakah) – “Hari ini sejarah baharu negara tercipta di bumi Marang,” ujar Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi menerusi hantaran di laman Facebooknya, hari ini

Katanya, beliau bersama-sama ayahandanya Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima kunjungan daripada Tun Dr. Mahathir Mohammad ke teratak ayahanda di Rusila, Marang.

Menurutnya, sepanjang penglibatan Tun Dr. Mahathir dalam kancah politik negara, ini adalah kali pertama Tun menjejakkan kaki ke Rusila, ujar bekas Perdana Menteri itu.

“Usai pertemuan, Tun Dr. Mahathir mengambil peluang untuk menunaikan solat zohor di Masjid Rusila sebentar tadi. Alhamdulillah,” ujarnya yang juga Exco Kerajaan Terengganu.

Turut serta ialah Naib Presiden PAS yang juga Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

 



Comments
Loading...