4 Ahli Parlimen Bersatu mahu tukar tempat duduk di Dewan Rakyat, kata speaker
Johari Abdul berkata undang-undang antilompat tidak terpakai kerana mereka hanya isytihar sokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
(FMT) – Empat Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim memohon menukar tempat duduk mereka di Dewan Rakyat, kata Speaker Johari Abdul.
“Mereka menghantar surat kepada saya hari ini, dan saya akan lihat susunan kerusi di Dewan Rakyat dahulu,” katanya pada sidang media di Parlimen.