Lebih ramai Ahli Parlimen pembangkang akan sokong PM, kata Zahid


Setakat ini, empat Ahli Parlimen dari pembangkang telah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

(FMT) – Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menjangkakan lebih ramai Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) akan menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Setakat ini seramai empat Ahli Parlimen PN menyatakan sokongan kepada Anwar dengan alasan demi kepentingan kawasan diwakilinya.

Wakil rakyat Bersatu itu adalah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Zahari Kechik (Jeli).

Semalam, Suhaili berkata peruntukan wakil rakyat kepadanya telah diluluskan, lebih seminggu selepas beliau mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.

 



Comments
Loading...