Kegagalan unit propaganda Anwar Ibrahim


(Scoop) – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff mengesahkan beliau sudah menghantar notis ‘bercuti’ daripada jawatan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perkara itu disahkannya kepada Scoop ketika dihubungi sebentar tadi.

Ditanya tarikh beliau mula bercuti, Agus enggan mengulas dan memaklumkan sedang menunggu kepulangan Perdana Menteri dari luar negara berhubung notis berkenaan.

“Saya bercuti sekarang, tiada kaitan dengan letak jawatan, saya beri notis bercuti dahulu, kalau PM setuju, saya nak berhenti kerana ada jawatan baharu, itu sahaja.

“Setakat ini tidak ada apa-apa keputusan lagi pun,” katanya.

Justeru, Agus meminta perkara itu tidak ‘dikecohkan dan dijadikan ‘berita panas’ kerana beliau belum meletakkan jawatan.

“Tiada berita yang nak dijadikan berita. Beritanya nanti, saya di mana kalau berhenti, itu beritanya.

“Kenapa jadi kecoh mengenai perkara ini, tidak tahu hujung pangkal, rileks dulu semula,” katanya.

 



Comments
Loading...