Dapat arahan dari Mr. H, komplot jatuhkan Agus – Wahab
(Suara TV) – Penolong Pegawai J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, mengakui merekod perbualan video berdurasi 3 minit yang dikaitkan dengan Bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff itu adalah atas arahan individu yang dinamakan ‘Mr H’.
Wahab berkata, ‘Mr. H’ turut menawarkan jawatan tinggi di dalam J KOM sekiranya dia berjaya menjatuhkan Agus.
“ Komplot untuk menjatuhkan Dato’ Dr. Agus ini didalangi oleh individu berjawatan tinggi di dalam J-KOM sendiri yang saya namakan sebagai Mr.H.
“Sekitar November 2023 saya berjumpa Mr.H di pejabat beliau. bermula daripada situ beberapa pertemuan di aturkan Mr.H termasuklah saya di bawa ke hotel sekitar kuala lumpur untuk berjumpa dengan individu-individu yang disebut oleh Mr. H sebagai berpengaruh.
“ Semasa pertemuan saya dengan Mr. H, saya telah diberitahu kononnya beliau telah telah mendapat info daripada pihak tertentu bahawa Agus terlibat di dalam aktiviti yang tidak bermoral,”katanya.
Wahab berkata, rakaman perbualan video bersama Agus Itu dibuat bagi mendapatkan bukti beliau terlibat di dalam aktiviti sonsang dan tidak bermoral.
Namun jelasnya, video yang dirakam tidak mempunyai audio sana sekali.
“Saya terkejut apabila mendapati rakaman video tersebut telah disebarkan.
“Lebih mengejutkan lagi, rakaman video tersebut telah disunting dan diedit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan teknik voice over.
“ Saya ingin menegaskan bahawa kandungan audio di dalam video tersebut adalah palsu, di reka dan tidak benar,”katanya.
Agus dalam pada itu telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Kajang, petang tadi.
Bagaimanapun Wahab masih belum membuat laporan polis, dan memberitahu akan mengadakan tindakan dalam masa terdekat.
Untuk rekod, Wahab baru sahaja dua minggu berkhidmat di J-KOM iaitu pada 1 November 2023.