Daim, keluarga mohon semakan kehakiman cabar siasatan SPRM


Mereka mendakwa tidak tahu mengenai sifat siasatan SPRM.

(FMT) – Bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin dan keluarganya memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, mereka tidak tahu tentang sifat siasatan SPRM, kecuali laporan berita yang mendakwa siasatan itu dikaitkan dengan Kertas Pandora.

“Walaupun ada rakyat Malaysia lain dinamakan dalam Kertas Pandora, mereka belum disiasat atau mempunyai notis dikeluarkan terhadap mereka oleh SPRM,” kata mereka dalam permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini.

Daim dan keluarganya mahu mahkamah membatalkan siasatan SPRM terhadap mereka dan memohon deklarasi siasatan SPRM tidak berperlembagaan.

 



Comments
Loading...