Mahkamah perintah Mahfuz bayar RM250,000 kepada Sanusi


Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memerintahkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar membayar ganti rugi berjumlah RM250,000 kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berhubung kenyaatan fitnah yang dibuat pada 2020.

(Berita Harian) – Hakim Dr Arik Sanusi Yeop Johari membuat perintah itu selepas membenarkan saman fitnah dikemukakan Muhammad Sanusi selaku plaintif terhadap Mahfuz sebagai defendan.

Mahfuz didapati melakukan fitnah dan mengeluarkan kenyataan tidak benar berhubung pembelian kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang dibeli Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang dikatakan adalah untuk kegunaan Menteri Besar.

Mahkamah memerintahkan Mahfuz membayar ganti rugi am RM200,000 dan ganti rugi tauladan RM50,000 selain defendan perlu menanggung kos guaman RM30,000 dalam tempoh 14 hari.

 



Comments
Loading...