PRK Kuala Kubu Bharu PN mungkin letak calon Melayu


Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) membayangkan calon Melayu akan mewakili Perikatan Nasional (PN) bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, 11 Mei ini.

(Berita Harian) – Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris, berkata PN mungkin meletakkan calon Melayu berdasarkan demografi pengundi Melayu merangkumi lebih 46 peratus.

Katanya, semua parti dalam gabungan PN menghantar senarai calon untuk bertanding pada PRK DUN Kuala Kubu Bahru.

“Majlis pimpinan tertinggi PN sudah mengadakan mesyuarat dan akan mengumumkan calon esok.

“Calon yang akan diketengah sudah melalui beberapa proses dan bukannya dipilih secara tangkap muat,” katanya di sini, hari ini.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu, akibat kanser.

Pada pertandingan empat penjuru Pilihan Raya negeri (PRN) lalu, Kee Hiong memenangi kerusi dengan majoriti 4,119 undi.

Razali berkata, kekalutan di antara parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) terutama MCA dan MIC memberi kelebihan kepada PN untuk memenangi kerusi DUN itu.

“Semua jentera pilihan raya PN sudah dikerah bekerja kuat untuk memastikan kemenangan calon,” katanya.



Comments
Loading...