PRK KKB Undi polis, tentera ‘swing’ kepada PH


Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan undian awal polis dan tentera memihak kepada Pakatan Harapan (PH) berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.

(Sinar Daily) – Berdasarkan keputusan tidak rasmi, calon PH, Pang Sock Tao mendapat 592 undi berbanding calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut yang memperoleh 156 undi.

Berbeza pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu, undian awal menyebelahi calon PN dengan 530 undi berbanding PH, 146 undi.

Sebelum ini, peratusan keluar mengundi bagi pengundian awal PRK DUN Kuala Kubu Baharu yang berlangsung pada Selasa mencapai 97 peratus.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak mengesahkan peratusan itu melibatkan 769 pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan.

Menurutnya, proses pengundian awal bagi PRK itu berlangsung di dua lokasi iaitu Dewan Serbaguna Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Kubu Baharu dan Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri, Kem Erskine yang bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang.



Comments
Loading...