Dokumen dedah lebih 300 warga M’sia ada hartanah di Dubai


BONGKAR DUBAI l Dengan gemerlapan bangunan pencakar langit, kediaman mewah dan pusat beli belah berjenama, Dubai menarik begitu ramai golongan kaya dan terkenal di seluruh dunia.

(Mkini) – “Pelabur” – sama ada yang sah atau meragukan – turut tertarik dengan pasaran hartanah di kota itu, ekoran peraturan cukai yang dilihat longgar.

Rekod pemilikan hartanah yang dibocorkan kepada sebuah konsortium kewartawanan membongkarkan pasaran hartanah di sana yang jarang didedahkan kepada umum.

Malaysiakini kemudian mendapati ada lebih 300 warga Malaysia yang tersenarai sebagai pemilik hartanah di Dubai, melibatkan lebih 500 hartanah.

Ia termasuklah hartanah di binaan tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa, yang turut dimiliki bintang Bollywood Shilpa Shetty serta David dan Victoria Beckham.

Sekurang-kurangnya enam hartanah yang dikaitkan dengan warga Malaysia terletak di pulau buatan yang ikonik, Palm Jumeirah. Di situ juga terletak rumah percutian Shah Rukh Khan dan keluarga Beckham.

Malaysiakini secara bebas mengesahkan sebahagian maklumat bocor melibatkan pemilik warga Malaysia menerusi semakan dengan rekod kerajaan dan sumber-sumber lain.

Read more here



Comments
Loading...