PRK DUN Nenggiri: BN menang besar


Daripada jumlah itu 17 PDM dimenangi Barisan Nasional (BN) menerusi calonnya Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, manakala tiga PDM dimenangi PAS.

(Berita Harian) – Semua 20 pusat daerah mengundi (PDM) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri selesai dikira jam 8.12 malam tadi.

Daripada jumlah itu 17 PDM dimenangi Barisan Nasional (BN) menerusi calonnya Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, manakala tiga PDM dimenangi PAS.

Calon BN mewakili Kerajaan Perpaduan meraih majoriti  3,372 undi.
Calon BN mewakili Kerajaan Perpaduan meraih majoriti 3,372 undi.

Secara tidak rasmi, Mohd Azmawi memenangi kerusi DUN itu selepas memperoleh 9,112 undi berbanding calon PAS Mohd Rizwadi Ismail yang meraih 5,741 undi.

Majoriti besar dimenangi BN mewakili Kerajaan Perpaduan iaitu 3,372 undi sekali gus membolehkan parti itu merampas kembali DUN Nenggiri yang sebelum ini di bawah BERSATU dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.

PRK DUN Nenggiri membabitkan seramai 20,259 pengundi berdaftar menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN dan calon Perikatan Nasional (PN).

PRK itu diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumumkan Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas, selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh BERSATU pada 13 Jun lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, calon BN Ab Aziz Yusoff tewas kepada Mohd Azizi yang bertanding di bawah tiket PAS mewakili PN dengan majoriti 810 undi.



Comments
Loading...