Adiguru Politik: Bagaimana Kebangkitan Semula Hajiji Akan Mempengaruhi Kerajaan Anwar Ibrahim


Hajiji Noor, tersohor dengan kemahiran hidup politikalnya, kini muncul sebagai sekutu utama Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Anwar Ibrahim.

Selvaraja Somiah

Jangan sesekali anggap Hajiji bak mentimun bengkok. Acapkali Ketua Menteri tersebut sudah membuktikan bahawa beliaulah adiguru kemandirian politik, serta ahli strategi yang geliga. Walaupun beliau boleh dianggap telah diketepikan oleh ramai cerdik pandai ranah politik, ini tidak menghalang enam daripada Ahli Parliamen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dibawa oleh Hajiji bangkit semula dan muncul sebagai sekutu keempat terbesar dalam Kerajaan Madani Anwar Ibrahim, mengekori Abang Johari @ Abang Jo daripada gagasan Gabungan Parti Sarawak(GPS) dengan 23 kerusi Ahli Parlimen.

Dengan pelantikan Ahli Parlimen Papar, Armizan Mohd Ali sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup —Hajiji terus mengukuhkan kedudukan beliau sebagai sekutu utama Pakatan Harapan (PH). Langkah ini dilihat sebagai pengiktirafan susuk politikal Hajiji dan kepentingan beliau dalam perancangan keseluruhan (scheme of things) PMX.

GRS bersedia untuk memainkan peranan kritikal dalam Kerajaan Madani. Sebagai sekutu keempat terbesar, GRS pimpinan Hajiji memiliki kata putus yang besar dalam proses Kerajaan Persekutuan membuat keputusan.

Asam garamnya dalam ranah politik serta dirinya sebagai pentadbir berkemahiran yang tersohor, tidak hairanlah mengapa Hajiji Noor merupakan susuk utama dalam pembentukan dasar dan kepentingan kerajaan gabungan GRS-PH di Sabah.

Sokongan GRS penting bagi PMX untuk mengukuhkan majoriti yang terjamin dalam Dewan Rakyat. Hal ini memberi Hajiji kelebihan yang besar untuk berunding dengan kepimpinan pihak Persekutuan.

Read more here



Comments
Loading...