Bulan Madu Shafie Apdal: Sebuah Gamitan Kenangan!
Negeri ini tidak ada pihak pembangkang yang boleh diharapkan. Kemasukan lebih ramai warga PTI menjadikan golongan ini lebih berani dan angkuh.
Selvaraja Somiah
Dr. Mahathir tidak hadir untuk berkempen bagi pihak Parti Warisan. Bahkan, pada malam 9 Mei 2018, beliau menyatakan Warisan sepatutnya memenangi tiga puluh lima kerusi, bukannya jumlah yang menyedihkan iaitu dua puluh satu kerusi sahaja. Kini, Shafie Apdal ada empat puluh lima kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Sabah,
Bagaimanakah perkara ini boleh terjadi? Apakah niat beliau?
Sudah pasti kita semua tahu: kuasa mutlak sudah pasti akan korup. Perihal ini bermula dengan pemansuhan penggal Tuan Yang Terutama (TYT) dan memberinya penangguhan tanpa had. Ramai yang menyanggah langkah ini. Sayangnya, mereka yang menyokong beliau cuma ingin membodek Shafie Apdal demi kepentingan peribadi—begitulah adat politikus Negeri Di Bawah Bayu itu.
Tidak lama kemudian setelah mahkamah menentukan Warisan diangkat sebagai kerajaan absah, kita dapat perhatikan pelantikan utama iaitu pihak berkuasa dan Kementerian Kewangan turut disapu oleh Shafie. Malah, beliau sendiri mencapatikan janjinya sendiri untuk tidak menjadi seperti pendahulunya, Musa Aman.
Selepas sembilan bulan memegang tampuk kuasa, ia diperakui bahawa pihak kerajaan negeri rupa-ruapanya memiliki RM4 bilion dalam rizab kewangan atau simpanan tunai Negeri Sabah. Pada mulanya, dilaporkan oleh Shafie bahawa perbendaharaan tidak memiliki apa-apa dalam simpanan—sesuatu yang ditelan bulat-bulat oleh orang awam.