‘Tak timbul isu PAS pimpin PN’


Walaupun pemimpin PAS ‘bebas’ daripada kes disiplin, ia tidak bermaksud pemimpin daripada parti itu perlu diberi ruang untuk menerajui Perikatan Nasional (PN).

(BH) – Terdahulu, ketika menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS Pusat Ke-70, Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, mendedahkan tiada satu kes pemimpin mahu ahlinya dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti.

Dengan rekod prestasi bersih PAS yang dimiliki itu, beliau berkata, tidak timbul isu PAS perlu diberi laluan bagi memimpin gabungan berkenaan yang kini dipengerusikan oleh Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Itu tidak ada isu. Kita dalam PN apa pun kita konsensus. Kita duduk bincang dan buat keputusan.

“Jadi siapa nak memimpin, siapa nak jadi itu tiada masalah. Yang penting PN, Presiden (PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang) sebut jelas dalam ucapan dasar masih bersama PN.

“Soal siapa menerajui (gabungan PN) itu kita akan bincang dan putuskan bersama,” katanya pada sidang media hari ini.



Comments
Loading...