Kelantan isytihar GISBH sesat jika ciri-ciri sama dengan Al-Arqam


“Jika ciri-ciri (GISBH) adalah sama (dengan Al-Arqam), maka samalah (guna fatwa sebelum ini). Jadi kita sudah memfatwakan Al-Arqam (sesat) dan kalau ini adalah pengikut, kita pakai yang sama.

(Harian Metr0) – Kelantan memfatwakan ajaran dalam GISB Holdings (GISBH) adalah sesat sekiranya ahli kumpulan itu adalah lanjutan atau bekas pengikut Al-Arqam.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, dalam pengetahuannya GISBH adalah lanjutan daripada ahli Al-Arqam.

Katanya, Kelantan sudah memfatwakan kumpulan Al-Arqam adalah sesat dan fatwa yang dibuat itu sudah mencakupi dan memadai.

“Jika ciri-ciri (GISBH) adalah sama (dengan Al-Arqam), maka samalah (guna fatwa sebelum ini). Jadi kita sudah memfatwakan Al-Arqam (sesat) dan kalau ini adalah pengikut, kita pakai yang sama.

“Al-Arqam dulu kita fatwa sebagai ajaran sesat. Kalau mereka ini adalah anak cucu atau pengikut Al-Arqam, jadi kita guna fatwa yang itu.

“Kecuali jika ada ciri-ciri baru yang memerlukan kita buat fatwa baru, maka kita akan buat. Kalau nak ada fatwa baru, kita kena terima (maklumat) daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) mengenai perkembangan terbaru kumpulan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan kepercayaan dan ajaran dalam GISB mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah.

Ia menjadikan Perlis negeri pertama mengisytiharkan organisasi berkenaan sebagai kumpulan ajaran sesat.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata fatwa dikeluarkan selepas menerima bukti meyakinkan untuk jawatankuasa berkenaan memutuskan bahawa organisasi berkenaan sesat.



Comments
Loading...