Akhirnya, PMX Mengakui Dirinya Seorang Banduan


1. Pemuda PAS mengucapkan tahniah kepada PMX yang akhirnya mengakui yang beliau adalah seorang bekas banduan yang diucapkan dengan begitu bangga di hadapan khalayak ramai.
2. Bahkan beliau menyebut dengan terbuka bahawa beliau merupakan ‘Banduan Terhormat’ yang dikenakan tindakan keji dan zalim ketika zaman pemerintahan UMNO Barisan Nasional yang kini menjadi sebahagian daripada kerajaan PMX.
3. Pertikaian berkenaan salah atau tidak terhadap hukuman sehingga PMX menjadi seorang ‘banduan terhormat’ adalah tertakluk kepada fakta kes mahkamah yang beliau dijatuhi hukuman. Jika hukuman itu adalah bentuk kezaliman dan kekejian ke atas PMX, Pemuda PAS memberi saranan supaya kes itu disemak semula dan PMX berhak menuntut ganti rugi yang besar sepanjang tempoh kes yang disabitkan kesalahan oleh pihak Mahkamah.
4. Pemuda PAS beranggapan Institusi Mahkamah perlu terus dipelihara daripada tuduhan sebagai zalim dan keji, lebih-lebih lagi daripada seorang Perdana Menteri dalam negara. Institusi mahkamah juga perlu bebas daripada manipulasi dan campur tangan ahli politik dan pihak pemerintah.
5. Semoga tidak lahir lagi ‘banduan terhormat’ lain di Malaysia ini.
YB Ustaz Mohd Hafez Bin Sabri
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
ADUN Manjoi

 

Facebook Pemuda PAS Malaysia



Comments
Loading...