PM dahului senarai penerima darjah kebesaran Kelantan


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului senarai 763 penerima darjah kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ke-55, hari ini.

(Harian Metro) – Dalam istiadat di Istana Balai Besar, Anwar dikurniakan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama bagi darjah kebesaran Mahkota Kelantan yang Amat Mulia (SPMK) dengan gelaran Seri Paduka.

Dua penerima darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Seri Paduka ialah Pengerusi Kumpulan Eksekutif Apex Equity Holdings Berhad, Datuk Farhash Wafa Salvador serta Ketua Pegawai Eksekutif Muhibbah Security Sdn Bhd, Datuk Mohd Khidir Yaacob.

Penerima tunggal bagi darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (SPKK) dengan membawa gelaran Seri Paduka dikurniakan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh.

Tiga penerima darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) membawa gelaran Seri Paduka ialah Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Tengku Kaya Perkasa Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal; Profesor di Jabatan al-Quran dan Hadis Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mohd Yakub@Zulkifli Mohd Yusoff serta Pengarah Tanah dan Galian Kelantan, Datuk Rosnazli Amin.

Gelaran Seri Paduka bagi darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (SPJK) dikurniakan kepada Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Seri Nordin Muhamad dan bekas Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pula dikurniakan darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (SPJK) yang membawa gelaran Seri Paduka dan menjadi penerima tunggal.

Duta Besar dan Wakil Tetap Malaysia ke PBB di New York, Datuk Dr Ahmad Faisal Muhamad pula menerima gelaran Datuk Paduka untuk darjah kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK).

Dua penerima darjah Kebesaran Ahli Yang Kehormat Yang Kedua DPMK yang juga membawa gelaran Datuk Paduka ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Datuk Ir Dr Ahmad Anuar Othman dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood@Johan Merican.

Lima penerima darjah kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang membawa gelaran Datuk Paduka ialah Presiden Kelab Penyokong Kerajaan, Abd Rahman Yunus; Prinsipal Arkitek, AR Mohd Asri Mohd Salleh; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi negeri, Mohd Saripudin Tuan Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, Datuk Tengku Ab Aziz Mahmud serta Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi negeri, Wan Roslan Wan Hamat.

Ahli Yang Kehormat Yang Kedua bagi darjah kebesaran DJMK yang membawa gelaran Datuk Paduka dikurnia kepada lima penerima iaitu ahli perniagaan dan peguam iaitu Azahar Mohd Shariff, Daniyar Kessikbayev, Law Yew Foo, Michael Kalum Moggie dan Tan Say Yap.

Ahli Yang Kedua bagi darjah kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) yang membawa gelaran Datuk Paduka dikurniakan kepada penerima tunggal iaitu Ketua Provos Marsyal, Brigedier Jeneral Suhaimi Shamsuddin.

Tiga penerima Ahli Yang Kehormat Yang Kedua DPKK yang turut membawa gelaran Datuk Paduka ialah Panglima Markas Briged Kelapan Infantri, Brigedier Jeneral Muzamil Ali diikuti Pengarah Rejimen Artileri Diraja, Brigedier Jeneral Datuk Norazman Ismail serta Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Mejar Jeneral Saharudin Harun.

Tujuh penerima Ahli Yang Kedua bagi darjah kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) yang membawa gelaran Datuk Paduka ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Ab Pattah Hasbullah; Ahli Jemaah Ulama (Pesara), Abdul Kadir Muhammad dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Amran Abd Kadir.



Comments
Loading...