‘Saya sedia ke mahkamah pertahan Islam, Melayu’ – Akmal


Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh tidak gentar untuk memberi keterangan di mahkamah berkaitan isu membabitkan kepentingan Islam dan orang Melayu.

(Harian Metro) – Beliau berkata, dakwaan kononnya beliau mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman dan keagamaan adalah persepsi negatif dibangkitkan DAP.

“Itu adalah perkara yang sangat sensitif dan kita sudah mengingatkan banyak kali sekiranya mahu menjaga keharmonian di negara ini, perkara yang sensitif tidak boleh disentuh langsung.

“Dalam hal ini, kita serah kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan baik dan kita sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa itu,” katanya selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, hari ini.

“Jika Peguam Negara kata kes itu dibawa ke mahkamah, kita bersedia untuk lawan di mahkamah,” katanya.

Lebih 200 penyokong termasuk dalam kalangan ahli dan pemimpin Pemuda UMNO Melaka, ahli UMNO Jasin serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut hadir memberikan sokongan kepada Ketua UMNO Bahagian Jasin itu.

Dr Muhamad Akmal yang juga EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau dipanggil memberi keterangan berhubung satu laporan polis oleh DAP Sarawak berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur keagamaan dan hasutan.



Comments
Loading...