SEKULAR BUKAN MAKSUD ANTI AGAMA, AWASI PUTAR BELIT GENG LEBAI


Dalam negara kita pula lebai politik yang tidak berpelajaran, yang fikiran sempit dan separuh jahil pernah samakan sekular dengan ateis, komunis, sosialis dsbnya. Untuk menipu pengundi bahawa merekalah paling layak menang pilihanraya

OutSyed the Box

‘sekular’ bukan maksudnya ‘anti agama’ tetapi hanya pisahkan fahaman agama yang khusus daripada urusan pentadbiran kerajaan’. 

 

Pada keseluruhannya orang Islam sangat kurang membaca. Lazimnya tidak ada pun industri menulis dan mencetak buku yang self sustaining atau yang boleh hidup dengan sendiri di hampir kesemua negara Islam.

Di Malaysia sahaja pelbagai kerajaan membazirkan duit rakyat (hasil cukai) untuk membeli sokongan politik kumpulan lebai. Mereka diberi peruntukan duit yang besar (berbillion Ringgit setahun) dan duit itu digunakan juga untuk mencetak buku-buku dan majalah yang tidak berguna sedikit pun untuk majukan ekonomi dan sosial orang islam.

Cetak buku agama pun survive dengan membazir duit rakyat. Sebab orang Islam tidak suka membaca pun. Bilangan kecil yang baca buku pun minat buku pelik-pelik termasuk buku agama yang tidak mempunyai historical evidence (bukti sejarah). Buku-buku itu lebih bergantung kepada hysterical evidence. Hysterical evidence maksudnya kalau sesiapa tidak setuju penulisan mereka, maka mereka akan menjerit-jerit histeria seolah mereka dirasuk setan. Itulah hysterical evidence mereka.

Di Arab Saudi pencetakan buku agama terhad kepada propaganda political survival keluarga al Saud dan keluarga al Wahab. Mereka membazirkan berbillion Ringgit untuk promosikan ideologi Wahabi mereka. Sekarang pula mereka sudah tukar agama dan mereka sedang belanjakan banyak duit untuk promosikan rock concert dan pesta liar style Barat. Terlalu confused sekali. Semuanya untuk survival politik keluarga al Saud.

Di negara kita geng lebai juga lama mainkan dangdut ‘sekular, sekular‘ untuk memancing undi orang kampong yang tidak faham apa benda itu sekular ke, circular ke.

 

“Sekular adalah konsep bahawa pemerintah atau entiti berkaitan dalam sesebuah negara harus berdiri secara terasing dari agama dan/atau kepercayaan agama  –  Sekularisme, Wikipedia Bahasa Melayu”

“Oxford Dictionary, secularism – not connected with religious or spiritual matters”

Maksudnya pentadbiran kerajaan tidak campur-aduk dengan hal ehwal agama. Sebabnya adalah paling mudah sekali – tidak ada sebarang agama di atas mukabumi Allah swt ini yang seragam dan serupa. Langsung tidak ada.

Read more here



Comments
Loading...