Syed Saddiq gagal cabar tindakan kerajaan henti peruntukan


(MG) : Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pengundi tidak dibenar oleh Mahkamah Tinggi di sini untuk mencabar tindakan kerajaan memberhentikan peruntukan dana berjumlah RM730,300 untuk perbelanjaan penduduk kawasan itu.

Selain Syed Saddiq, tiga yang lain ialah Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG), Najib Abu Nawar; imam surau, Mohd Bakirudin Abdullah serta pengerusi surau, Muhamad Fadzly Bisri selaku pemohon pertama hingga keempat.

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menolak pemohonan mereka untuk memulakan semakan kehakiman selepas berpuas hati permohonan itu dibuat di luar masa yang dibenarkan oleh undang-undang.

Beliau turut berpendapat, oleh kerana peruntukan khas untuk kawasan Parlimen merupakan perkara dasar Eksekutif, mahkamah terikat dengan keputusan dalam kes Michael Jayakumar bahawa isu yang dibangkitkan tidak boleh diputuskan melalui semakan kehakiman.

Sumber : Malaysiagazette



Comments
Loading...