Ismail Sabri tak sedarkan diri, dikejarkan ke hospital


(MK) : Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob, 65, dikejarkan ke hospital selepas dia rebah di rumahnya di Damansara awal pagi hari ini.

Menurut anaknya Nashriq, kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 pagi apabila Ismail tiba-tiba terjatuh ketika berjalan ke dapur.

“Kami sedang melepak, berbual ringan di rumah apabila ayah saya berdiri untuk mengambil makanan.

“Dia mula berjalan tetapi kelihatan tidak stabil, sebelum tiba-tiba rebah,” kata Nashriq kepada Malaysiakini.

Nashriq, yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Bera, berkata bapanya sedarkan diri tidak lama kemudian tetapi sangat lemah.

Bersama-sama dengan pengiring keselamatan Ismail, Nashriq kemudiannya membawa bekas perdana menteri itu ke hospital untuk rawatan.

Kejadian itu disyaki berpunca daripada tekanan darah tinggi. Nashriq menyangkal dakwaan bahawa Ismail mengalami serangan jantung.

“Ayah saya kini lebih stabil, dan dia sedang berehat di hospital,” katanya.

Sumber:malaysiakini



Comments
Loading...